Memberi pendedahan awal kepada pelajar dalam bidang keusahawan dan perniagaan.
Menganjur kursus-kursus tentang pendedahan perniagaan, menyediakan kemudahan ruang-ruang dan mengenalpasti peluang-peluang perniagaan kepada pelajar.
Menyediakan pelajar yang berani menghadapi cabaran-cabaran perniagaan selepas tamat pengajian.
Melahirkan pelajar yang memiliki ketahanan jatidiri yang tinggi, memiliki nilai moral dan kerohanian tinggi dan berkeupayaan intelektual yang tinggi menerusi latihan SISPA.
Membezakan graduan keluaran IKN berbanding institusi awam lain khususnya dalam bidang keusahawanan.
Tatatertib Dan Disiplin Pelajar
Menerima aduan mengenai salahlaku pelajar melalui Borang Aduan Salahlaku Disiplin Pelajar
Menyiasat dan menyelesaikan kes salahlaku disiplin pelajar berdasarkan klasifikasi berikut :
Kes tidak mempunyai asas yang kukuh dan boleh ditutup, atau
Kes diselesaikan di peringkat Jurusan
Menerima aduan dan mengklasifikasikan kes seperti berikut:
Perlanggaran disiplin yang melibatkan tindakan secara pentadbiran, atau
Perlanggaran disiplin yang melibatkan tindakan mengikut Peraturan-peraturan Institusi Kraf (BUKU PERATURAN TATATERTIB PELAJAR)
Menerima dan menyimpan Borang aduan Salahlaku Disiplin Pelajar dalam Fail Peribadi Pelajar
Menyediakan Laporan Analisis Kes Disiplin Pelajar dan mengemukakan kepada Lembaga Tatatertib dan Disiplin
Mengeluarkan surat hukuman kepada pelajar yang terlibat
Mengambil tindakan setiap kes mengikut prosedur.
Peraturan-Peraturan Institut Kraf Negara (BUKU PERATURAN TATATERTIB PELAJAR)