Berita Terkini
13 August 2026
Lawatan Budaya Sempena Program Asean-China Heritage Dimensions of National Arts (ACH-DNA) 2.0
Institut Kraf Negara (IKN) berbesar hati menerima kunjungan sempena Lawatan Budaya oleh peserta Program ASEAN–China Heritage Dimensions of National Arts (ACH-DNA) 2.0. Delegasi lawatan disambut oleh Pengarah Seksyen Akademik dan Kemahiran Kraf serta Pengurusan IKN.
Lawatan budaya ini diadakan bagi memberikan pendedahan kepada delegasi Program ACH-DHA 2.0 berkaitan pembangunan modal insan dalam bidang kraf selain sebagai platform perkongsian ilmu, pengalaman dan pemahaman secara langsung mengenai warisan budaya, inovasi serta pembangunan kraf tempatan. Delegasi dibawa melawat ke bengkel dan galeri Jurusan Seni Kraf yang terdapat di IKN serta turut terlibat dalam aktiviti interaktif kraf.