Skip to main content

Ko-Kurikulum

  • Pengenalan

    Unit Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar telah bertanggungjawab untuk menyelaras aktiviti-aktiviti kokurikulum yang diwajibkan di IKN. Unit ini berperanan mewujudkan pendidikan yang menyeluruh dan seimbang ke arah melahirkan graduan yang serba boleh, berdedikasi, berdikari, beretika dan bertanggungjawab agar mampu membentuk masyarakat yang teguh dan padu.

    Mulai tahun 2008 SISPA telah diwajibkan di bawah kokurikulum yang dapat membentuk pelajar mempunyai jati diri yang teguh. Adalah diharapkan Unit Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar dapat memenuhi hasrat IKN iaitu :-
    1. Memberi pendedahan kepada pelajar dari segi kepimpinan agar dapat menjadi pemimpin serba boleh dan berwawasan.
    2. Menggalakkan pelajar agar sentiasa memiliki sifat-sifat murni seperti berdisiplin, dedekasi, bermoral, bersyukur, bertanggungjawap bagi membentuk generasi masyarakat yang teguh dan padu.
    3. Menerap nilai-nilai kerohaniah, patriolitik dan keusahawanan agar pelajar mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan negara.
    4. Memberi peluang pelajar mengasah bakat dan kemahiran serta menggunakan masa senggang dengan lebih bermakna untuk kemajuan diri,organisasi dan masyarakat.

    Perhubungan & Kegiatan Pelajar (Persatuan & Kelab)
    Membantu memimpin pelajar dan menggalakkan kegiatan-kegiatan luar akademik iaitu:
    1. Menanam perasaan tanggungjawab dan kualiti kepimpinan dikalangan pelajar melalui pengalaman mentadbir dan mengelola kegiatan-kegiatan pelajar melalui persatuan dan kelab.
    2. Menanam perasaan penuh kesedaran tentang perlunya tatasusila yang baik dengan cara bergiat menceburkan diri dalam projek-projek kemasyarakatan.
    3. Memupuk semangat penghargaan terhadap unsur-unsur kepimpinan sambil mengasah bakat dikalangan pelajar.
    4. Memupuk dan memelihara satu kesedaran mental dan fizikal dikalangan pelajar melalui pengelolaan aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi dan sukan.
  • Unit Beruniform

    Program SISPA ini merupakan satu(1) KoKurikulum yang wajib bagi Pelajar Semester 01. Ia adalah program kerjasama diantara Institut Kraf Negara dan Jabatan Pertahanan Awam.

    Kursus ini memberi pendedahan berkenaan aspek:-
    1. Pertolongan Cemas
      • Ikatan Usungan
      • Balutan Kecederaan
      • Latihan Bantuan Pernafasan (CPR)
    2. Memadam Kebakaran
    3. Kawad Kaki

    Di samping itu, pelajar-pelajar yang mengikuti Program ini diwajibkan mengikuti Kem Latihan Amali yang akan diadakan di akhir Semester 01. Ini bertujuan memberi pendedahan sebenar seperti yang diajar didalam kelas-kelas teori.
  • Kebudayaan

    Pengenalan
    • Memberi pendidikan seni (teori dan amali terutamanya) ke arah melahirkan insan berkeperibadian mulia dan berperadaban tinggi melalui kegiatan budaya khususnya kesenian melayu.
    • Membentuk keperibadian yang dinamik, praktikal dan produktif.
    • Memberi latihan kepimpinan dalam berpersatuan serta penganjuran aktiviti diperingkat Institusi/IPT, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
    • Memberi pendedahan dan penggalakkan terhadap perkembangan kesenian yang sesuai dikalangan siswa siswi untuk membentuk daya apresiasi seni yang positif dan terarah.
    • Bertindak sebagai badan yang mengawal selia persembahan-persembahan kebudayaan anjuran persatuan-persatuan pelajar ataupun yang dianjurkan.

    Gamelan / Tarian / Kompang
    • Memberi pendidikan seni (teori dan amali terutamanya) ke arah melahirkan insan berkeperibadian mulia dan berperadaban tinggi melalui kegiatan budaya khususnya kesenian Melayu.
    • Membentuk keperibadian yang dinamik, praktikal dan produktif.
    • Memberi latihan kepimpinan dalam berpersatuan serta penganjuran aktiviti diperingkat Institusi/IPT, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
    • Memberi pendedahan dan penggalakkan terhadap perkembangan kesenian yang sesuai dikalangan siswa siswi untuk membentuk daya apresiasi seni yang positif dan terarah.
    • Bertindak sebagai badan yang mengawal selia persembahan-persembahan kebudayaan anjuran persatuan-persatuan pelajar ataupun yang dianjurkan.
    • Kokurikulum ini adalah wajib, pelajar semester 01 perlu memilih satu(1) daripada 5 jenis kokurikulum yang ditawarkan dan perlu lulus selama setahun pengajian iaitu selama 2 semester.
  • Seni Pertahanan Diri

    Pengenalan
    • Memberi pendidikan seni (teori dan amali terutamanya) ke arah melahirkan insan berkeperibadian mulia dan berperadaban tinggi melalui kegiatan budaya khususnya kesenian melayu.
    • Membentuk keperibadian yang dinamik, praktikal dan produktif
    • Memberi latihan kepimpinan dalam berpersatuan serta penganjuran aktiviti diperingkat Institusi/IPT, negeri, kebangsaan dan antarabangsa
    • Memberi pendedahan dan penggalakkan terhadap perkembangan kesenian yang sesuai dikalangan siswa siswi untuk membentuk daya apresiasi seni yang positif dan terarah
    • Bertindak sebagai badan yang mengawal selia persembahan-persembahan kebudayaan anjuran persatuan-persatuan pelajar ataupun yang dianjurkan.
    • KoKurikulum Seni Mempertahankan Diri terdiri daripada:-
      • Silat
      • Taekwondo

    Kokurikulum ini adalah wajib, pelajar semester 01 perlu memilih satu(1) daripada 5 jenis kokurikulum yang ditawarkan dan perlu lulus selama setahun pengajian iaitu selama 2 semester.